PENGENALAN KEPADA CENDAWAN


SLIDE PRESENTATION

Industri Cendawan

Perusahaan cendawan adalah satu perniagaan yang serius dan berpotensi besar, maka salah satu faktor kejayaan ialah dengan melakukan kajian pasaran terlebih dahulu tentang potensinya. Matlamat penilaian pasaran adalah untuk menjangka jumlah jualan dan pendapatan kasar daripadanya serta menganalisa potensi keuntungan dan aliran tunai, juga bagi mengumpul maklumat berkaitan potensi pembeli dan juga pesaing (membantu dalam membangunkan strategi pemasaran kelak).

Faktor Utama Penanaman Cendawan Komersil

Berikut adalah antara sebab utama mengapa semakin ramai pengusaha menceburi bidang penanaman cendawan di Malaysia:
  • Kandungan nutrien pemakanan yang tinggi
  • Keuntungan tinggi dalam jangka masa pendek
  • Potensi pemasaran
  • Kos pengeluaran yang rendah. Bahan buangan pertanian.

Melalui kajian yang dibuat, prospek industri cendawan di Malaysia adalah cerah dari aspek berikut:

  • Penanaman Cendawan dan Aktiviti Hiliran Serta Industri Asas Tani
  • Trend makanan dan peningkatan permintaan iaitu : Jumlah cendawan dimakan oleh rakyat Malaysia = 324 gm/kapita/tahun.
  • Cendawan diperlukan = 8,100 tan
  • Pengeluaran cendawan masa kini = 5,500 tan.
  • Defisit pengeluaran = 2,600 tan (tahun 2004).
  • Peningkatan Penggunaan Cendawan
  • Pengambilan ayam oleh orang Malaysia = 3.5kg/tahun.
  • Sasaran meningkatkan pengambilan cendawan oleh orang Malaysia kepada 2kg/tahun. Ini meningkatkan pengeluaran cendawan kepada 50,000 tan/tahun.
  • Masa depan industri cendawan cerah kerana permintaan yang tinggi dan pengguna yang berkemampuan.
  • Malaysia kaya dengan bahan-bahan substrat / biomass (proses sisa industri kelapa sawit, jerami padi, dan cuaca yang sesuai.
  • Polisi kerajaan menjalankan penyelidikan bioteknololgi, termasuk bidang cendawan yang telah disahut oleh UM, adanya pelan BOT dan insentif-insentif daripada pelbagai jabatan dan organisasi kerajaan Malaysia.

Statistik Perusahaan Cendawan di Malaysia
Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2004, jumlah import bagi cendawan ialah sebanyak 2,609 tan iaitu mempunyai nilai sebanyak RM 25.74J.


  • Manakala jumlah kuantiti cendawan yang diimport daripada tahun 2001-2004 adalah sebanyak 7,283 tan iaitu mempunyai nilai sebanyak RM 65.7J berbanding jumlah kuantiti cendawan yang dieksport sejak tahun 2001-2004 hanya sebanyak 421 tan dengan nilai RM 8.1J.


Cendawan Tiram Kelabu
  • Cendawan didefinasikan sebagai organ pensporaan kulat yang boleh dimakan. Ia mengandungi banyak protein, vitamin dan zat-zat galian seperti Kalium (K) dan Posforus(P) yang penting untuk kesihatan badan. Ia juga mempunyai rasa yang sedap.
  • Antara jenis cendawan yang paling popular dan digemari pada masa kini ialah Cendawan Tiram Kelabu atau nama saintifik ialah Pleurotus Sajor Caju.
  • Berikut adalah kandungan pemakanan Cendawan Tiram Kelabu (100 gm berat basah)

Pecahan Zat Pemakanan
  • Tenaga : 37.0 Kcal
  • Air : 89.2 gm
  • Protin : 3.6 gm
  • Lemak : 0.7 gm
  • Karbohidrat : 4.1 gm
  • Serat : 1.8 gm

Zat Galian

  • Kalsium : 2 mg
  • Fosforus : 88 mg
  • Zat Besi : 1 mg
  • Natrium : 6 mg
  • Kalium : 195 m

Vitamin

  • B1 : 0.03 mg
  • B2 : 0.46 mg
  • Niacin : 1.9 mg
  • C : 9.4 mg

Ia hidup dengan menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat makanan daripadanya.

Satu lagi kelebihan cendawan terutama sekali ditanam secara komersil adalah ia tidak menggunakan sebarang baja kimia dan racun kawalan perosak.

Kesihatan

· Mengawal atur darah
· meningkatkan sistem imum badan
· merencatkan pertumbuhan tumor
· aktioksidan
· aktiviti perlindungan gen.