SEJARAH Z-FARM

PREVIOUS : : HOME : : NEXT



Z-Farm merupakan satu perniagaan yang berkonsepkan pertanian integrasi yang terdiri daripada penanaman pokok sentang, ladang buah naga, limau nipis, cendawan dan penternakan kambing. Syarikat ini telah didaftarkan pada 10hb September 2001 sebagai sebuah syarikat sendirian di bawah nama pengusahanya iaitu To' Puan Razmah Binti Kassim.


Beralamat di No 1, Batu 27 1/2, Jalan Naka- Nami, Naka, Kedah, Z-Farm mempunyai kemudahan infrastruktur yang lengkap termasuk kemudahan internet dan komunikasi walaupun berada agak pedalaman iaitu lebih kurang 5 kilometer dari Pekan Naka. Hal ini amat dititikberatkan agar perhubungan luar tidak tergendala dan memastikan segala urusan dan operasi di Z-Farm berjalan dengan lancar. Kediaman pengusaha dan juga pekerja dibina di kawasan ini bagi memastikan kelancaran operasi di kawasan ini.

Z-Farm turut dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan lain seperti pengangkutan peladangan, traktor, stor penyimpanan makanan kambing, mesin pengisar daun sawit, mesin pemadat dan mesin pembancuh bahan mentah beg media cendawan, dan 16 buah kandang kambing yang mampu menampung sejumlah 6,000 ekor kambing pada satu-satu masa.

Z-Farm diuruskan oleh lima tenaga kerja mahir yang menguruskan hal ehwal di pejabat dan 20 orang tenaga buruh kasar yang menguruskan keseluruhan kawasan perusahaan Z-Farm. Hal ini kerana sistem pengurusan yang baik dan teratur serta disiplin yang tinggi dimana setiap pekerja mampu melaksanakan beberapa tugas yang berlainan dalam satu jangka masa yang sama. Ini menjadi kunci kejayaan Z-Farm untuk bertahan sebagai sebuah perniagaan berasaskan pertanian integrasi.