PENGERAMAN BENIH

SLIDE PRESENTATION
Terdapat dua aspek utama yang perlu ditekankan dalam pengendalian rumah cendawan iaitu persekitaran dan suhu dan kelembapan.

Persekitaran rumah cendawan yang kondusif untuk pertumbuhan cendawan adalah sangat penting. Penjagaan rumah cendawan yang sempurna dan penyediaan ruang yang bersesuaian sangat diperlukan. Selain itu, suhu dan kelembapan juga adalah faktor kritikal yang perlu dijaga untuk memastikan cendawan dapat menghasilkan pengeluaran yang baik.

a) Persekitaran
Bilik cendawan perlukan persekitaran yang bersih, tersusun dan bebas daripada bakteria, haiwan dan serangga perosak. Oleh itu, rumah cendawan perlu dijaga dengan baik dan sempurna.

Antara kawalan yang dilakukan untuk menjaga kebersihan di dalam rumah cendawan adalah seperti:

Meletakkan kapur di atas rak
Kapur perlu ditabur di atas rak yang kosong sebelum meletakkan beg cendawan baru. Tindakan ini bertujuan untuk membunuh bakteria yang terdapat di sekitar rak dan rumah cendawan. Selain itu, kawasan di sekitar rak beg cendawan yang dijangkiti penyakit juga akan diletakkan kapur untuk mengelakkan jangkitan kepada beg cendawan yang lain.

Meletakkan serai wangi di dalam rumah cendawan
Serai wangi perlu diletakkan di dalam rumah cendawan berfungsi untuk menghalau dan membunuh serangga kecil dan lain-lain haiwan perosak yang terdapat di sekitar rumah cendawan. Serai wangi tersebut akan dicampurkan dengan sedikit air dan diletakkan di dalam botol yang telah ditebuk sedikit lubang. Melalui lubang tersebut, bau serai wangi akan dapat disebarkan di sekitar rumah cendawan secara menyeluruh. Botol tersebut akan digantung di sudut depan setiap tiang rak beg cendawan.
Beg cendawan rosak dan tamat jangkahayat
Beg cendawan yang tamat jangkahayat, rosak, dijangkiti dan bermasalah haruslah diasingkan dan dibawa keluar agar beg media baru dapat dibawa masuk dalam rumah cendawan untuk menggantikan beg media yang lama. Ia juga dapat mengelakkan jangkitan bakteria daripada beg yang telah dijangkiti.

Penyediaan ruang yang sesuai
Ruang di dalam rumah cendawan perlu mencukupi untuk aktiviti pengurusan dan pengendalian setiap aktiviti yang berlaku di dalam rumah cendawan seperti penyimpanan beg media baru, penuaian hasil cendawan, penjagaan air dan pengurusan beg media yang telah tamat jangkahayat.

Rak Cendawan
Rak cendawan yang dibina haruslah mempunyai luas dan ketinggian yang sesuai untuk menyimpan beg cendawan. Di samping itu, rak juga perlu diletakkan pada jarak yang sesuai dan selesa untuk pengendalian bagi aktiviti penyimpanan beg media yang baru, menuai cendawan matang dan menyembur air.

Untuk penanaman berskala kecil, jarak diantara rak yang dibina sekurang-kurangnya boleh memuatkan seorang pekerja dengan membawa sebiji bakul dan membolehkan akiviti penjagaan tanaman dapat dilakukan dalam rumah cendawan dengan mudah.

Bagi penanaman berskala besar pula, jarak diantara rak haruslah membolehkan kerja-kerja penuaian dibuat dengan menggunakan kereta sorong oleh pekerja yang mengendalikan kerja-kerja tersebut.

b) Suhu dan Kelembapan dalam Rumah cendawan

Suhu dan kelembapan adalah aspek penting yang perlu dititikberatkan dalam mengendalikan rumah cendawan kerana ia sangat mempengaruhi pertumbuhan cendawan dan hasil cendawan yang bakal diperolehi.

Persekitaran semulajadi iaitu suhu pada siang hari samaada pada hari panas dan hujan adalah mempengaruhi suhu dan kelembapan di dalam rumah cendawan secara langsung.

Selain itu, pemilihan reka bentuk dan bahan yang digunakan untuk membuat bangunan rumah cendawan juga menjadi faktor yang mempengaruhi suhu dan kelembapan dalam rumah cendawan. penting kerana ia akan mempengaruhi tumbesaran cendawan dan juga ketahanan beg media itu sendiri.

Bangunan yang dibina menggunakan konkrit

Faktor kelembapan akan dipengaruhi oleh suhu dan haba yang terperangkap di dalam rumah cendawan tersebut.

Secara teori, udara panas yang mempunyai ketumpatan yang rendah akan naik ke atas dan apabila udara tersebut menjadi sejuk iaitu dalam ketumpatan yang tinggi udara tersebut akan turun. Proses ini dipanggil proses perolakan. Selain itu, beg media tersebut akan mengeluarkan haba melalui pemecahan spora dan mengurangkan kelembapan dalam rumah cendawan.

Suhu dan kelembapan yang kondusif untuk pertumbuhan cendawan

Suhu yang sesuai untuk rumah cendawan adalah pada suhu bilik iaitu antara 25-27oC.
Manakala, kelembapan yang bersesuaian adalah antara 80-83 peratus kelembapan.
Perlu diletakkan alat penyukat suhu dan kelembapan di dalam rumah cendawan untuk mengetahui suhu dan kelembapan sebenar. Ia hendaklah diletakkan pada sudut bahagian tengah rumah cendawan.

Kaedah kawalan suhu dan kelembapan
Kaedah kawalan suhu dilakukan dengan beberapa cara seperti :
1) Air Paip Semburan
2) Air Hujan Tiruan
3) Kipas Udara

Air Paip Semburan
Oleh itu, kaedah pertama iaitu air paip semburan digunakan untuk mengatasi masalah ini. Semburan akan dilakukan dengan menyiram di hujung beg media dan juga lantai rumah cendawan. Kaedah ini akan mengurangkan jumlah udara yang panas naik ke atas.

Siraman air menggunakan paip semburan akan dilakukan sebanyak 5 kali dalam sehari iaitu pada jam 11.00am, 3.00 pm, 5.30pm dan 12.00pm dan 7.00am pada hari panas dengan suhu biasa 28º-32º untuk mengekalkan suhu pada 25º-30º.
Pada hari hujan sepanjang hari, siraman pada beg dan bunga cendawan akan dikurangkan, hanya lantai akan diberi air yang lebih.

Teknik menyembur air yang betul:
· Berdiri di tengah laluan antara rak cendawan sambil memegang paip semburan.
· Menyembur bahagian lantai sehingga betul-betul basah dan lembap.
· Selang-selikan semburan dengan menyembur ke arah beg cendawan untuk melembapkan sedikit beg cendawan.
· Elakkan menyembur air terlalu banyak pada bunga cendawan untuk mengelakkan bunga cendawan daripada basah, membesar dengan lebih cepat dan merekah.
· Pada hari panas, rumah cendawan perlu disiram air yang lebih dan pada hari hujan pula, air yang disembur ke atas beg cendawan mestilah dikurangkan.

Kipas
Kipas digunakan untuk membawa masuk udara yang sejuk daripada luar dan menyejukkan udara panas di dalam rumah cendawan. Proses perolakan berlaku secara gelora disebabkan udara daripada kipas tersebut. Sebahagian udara yang sejuk akan turun, manakala udara yang panas akan keluar melalui lubang di atas bumbung tersebut.

Air Hujan Tiruan
Hujan tiruan akan dipasang sewaktu cuaca panas kerana proses sinaran yang dipancarkan melalui matahari akan memanaskan lagi udara di dalam rumah cendawan. Air tersebut akan mengurangkan proses sinaran untuk menembusi bumbung. Udara panas yang masuk akan dikeluarkan oleh kipas.
Air tersebut akan mengurangkan proses sinaran untuk menembusi bumbung. Ia akan menyejukkan bumbung dan mengurangkan kepanasan dalam rumah cendawan.

Kesimpulannya, kaedah pertama iaitu paip semburan adalah kaedah utama digunakan dalam mengawal suhu dan kelembapan di dalam rumah cendawan. Air yang disembur akan diberikan mengikut suhu dan kelembapan dalam rumah cendawan yang sentiasa berubah-ubah mengikut perubahan persekitarannya. Kaedah kedua dan ketiga digunakan sekiranya dinding rumah cendawan dibuat dengan menggunakan batu-bata dan bumbung adalah zink. Ia sentiasa dilakukan sebanyak 5 kali sehari ataupun mengikut keperluan walaupun suhu kurang dari 27oC. Apabila suhu luar melebihi 29oC ke atas, kaedah kedua dan ketiga akan digunakan untuk mengekalkan kelembapan rumah cendawan.

1. Pengeraman benih

Menyusun beg cendawan di atas rak
Beg cendawan yang telah dimasukkan benih akan disimpan selama satu malam dan dibawa masuk ke dalam bilik cendawan untuk disusun di atas rak cendawan pada keesokkan harinya. Sebelum beg disusun, kapur akan ditabur di atas rak kayu yang berfungsi untuk membunuh bakteria yang berada di sekitar rak yang mudah membiak di kawasan lembap dan dibina berasaskan bahan kayu.
Beg cendawan yang baru diisikan benih akan disusun sehingga memenuhi seluruh ruang rak yang ada. Biasanya ia disusun secara bertindih dan mempunyai lapisan yang padat dan selamat agar tidak jatuh apabila usia beg semakin menyusut. Berat beg akan menyusut setiap kali beg mengeluarkan bunga dan menjadi semakin ringan sehingga menjejaskan kekukuhan susunan. Maka, beg yang disusun mestilah kemas dan kukuh untuk mengelakkan beg jatuh.

Jumlah lapisan rak yang sesuai adalah sebanyak 5 hingga 6 lapisan beg cendawan. Lapisan ini sangat stabil dan selamat untuk meletakkan beg media dalam rumah cendawan.

Proses Pengembangan Misilium
Sebaran benih atau misilium bermula sehari selepas benih disuntik ke dalam mulut beg cendawan. Purata serakan benih berkembang sehari adalah 0.83cm untuk memenuhi keseluruhan beg media setelah diletakkan di dalam rumah cendawan sehingga hari ke 25 hingga 30 tempoh pengeraman.

Tahap Kematangan Cendawan
Tempoh tuaian pertama
Setelah hari ke 25-30 beg akan mula mengeluarkan pinical dan penutup suratkhabar mestilah ditanggalkan agar ia mudah untuk membesar dengan sempurna.

Pinical akan membesar dan menjadi bunga cendawan matang selepas tempoh 48-52jam.
Sepanjang tempoh pembesaran daripada pinical hingga bertukar menjadi bunga cendawan yang matang untuk dituai, penjagaan dan kawalan suhu serta kelembapan adalah sangat penting.

Suhu yang terlalu tinggi dan kelembapan yang sedikit mampu menjejaskan pertumbuhan cendawan kerana ia akan melambatkan proses pertumbuhan cendawan dan menjadi terbantut. Di samping itu, semburan air ke atas bunga cendawan ketika suhu tinggi akan menyebabkan cendawan mengerekot dan bunga tidak mengembang dengan baik.
Aktiviti Semasa Menuai Cendawan
Membawa masuk bakul tuaian menggunakan kereta sorong ke dalam rumah cendawan.
Bakul-bakul tuaian dibawa masuk ke dalam bilik cendawan menggunakan kereta sorong dan dibawa masuk melalui tengah-tengah laluan diantara rak beg agar memudahkan proses kutipan dijalankan. Dua buah bakul akan dibawa oleh setiap kereta sorong yang dibawa masuk ke dalam blok rak cendawan dan dikendalikan oleh dua orang pekerja pada satu-satu masa semasa kerja menuai hasil dilakukan.

Tuaian akan dimulakan dari bahagian dalam hujung rak beg cendawan yang tidak mempunyai laluan dan dibawa keluar setelah setiap bakul dipenuhkan. Cendawan tersebut akan diletakkan pada laluan utama keluar dari dalam rumah cendawan untuk memudahkan proses mengangkut keluar setiap bakul yang telah penuh diisikan dengan cendawan.

Sebelum cendawan di bawa ke dalam bilik pembungkusan untuk proses seterusnya, ia akan dibiarkan berada di dalam rumah cendawan sehingga semua cendawan matang telah habis dipetik. Tujuan ia dilakukan adalah untuk:
· Mengekalkan cendawan pada suhu dan kelembapan biasa yang diperlukan oleh cendawan sebelum proses seterusnya dilakukan.
· Selain itu, ia dapat mengelakkan cendawan daripada menjadi kering dan rosak sekiranya terdedah kepada suhu yang tinggi dan kelembapan yang kurang sebelum proses selepas penuaian dilakukan di bilik pembungkusan.
· Kaedah ini juga dapat mengelakkan penggunaan bilik sejuk yang lebih memakan kos yang tinggi.

Membuka penutup suratkhabar dan getah apabila cendawan mula mengeluarkan pinical.
Penutup suratkhabar haruslah ditanggalkan daripada beg cendawan apabila beg mula mengeluarkan pinical selepas hari ke-25 hingga 30 tempoh pengeraman agar pinical membesar dengan baik dan mengelakkan pinical daripada rosak.

Memetik cendawan
Cendawan yang telah matang haruslah dipetik untuk mengelakkan ia daripada terus membesar dan menjadi rosak. Jika cendawan matang tidak dituai maka berat cendawan akan menyusut dan semakin ringan sehingga ia menjadi kering dan hilang kandungan air pada cendawan tersebut.

Cara memetik cendawan adalah:

Menahan menggunakan dua jari pada plastik tepi leher beg dan menarik batang berdekatan akar pada leher beg cendawan pada masa yang sama.
Menarik keluar akar cendawan dengan berhati-hati perlu dilakukan supaya struktur pada beg plastik dengan misillium sedia ada tidak terjejas. Jika struktur tersebut rosak iaitu terpisah antara bahan dalam beg dan beg plastik tersebut, maka pertumbuhan cendawan seterusnya akan terjejas kerana misillium memerlukan masa untuk kembali pulih dan mengeluarkan pinical baru pada keadaan yang unaerobic. Ia melambatkan pertumbuhan cendawan yang baru dan

Menanggalkan leher
Setelah cendawan dicabut daripada akarnya, leher beg haruslah dibuka untuk membenarkan beg mendapat air dan udara di persekitaran bilik cendawan dengan lebih baik untuk membantu penghasilan cendawan seterusnya.

Membuang sedikit tunggul/batang akar
Akar atau tunggul yang tertinggal pada batang beg haruslah dibuang dengan mengorek ia keluar menggunakan penggorek yang diperbuat daripada kayu atau kepala sudu. Menanggalkan batang akar mestilah dilakukan dengan cermat dan berhati-hati agar tidak merosakkan struktur beg yang terdedah. Ia bertujuan untuk menghasilkan pertumbuhan bunga baru yang lebih cepat dan stabil pada masa akan datang.

Mengorek terlalu dalam pada akar akan menyebabkan cendawan lambat mengeluarkan hasil seterusnya, manakala membuka mulut plastik terlalu luas akan mendedahkan beg pada serangga dan serangan ulat perosak yang memakan dedak pada beg cendawan termasuklah air akan memasuki beg cdwn secara langsung.

Memasukkan cendawan ke dalam bakul
Cendawan yang dipetik akan diletakkan di dalam bakul cendawan yang dibawa masuk menggunakan kereta sorong. Akar diasingkan dan diletakkan pada kereta sorong. Manakala leher dan penutup yang baru dibuka diletakkan pada bakul lain yang diletakkan pada kereta sorong pada masa yang sama.

Aktiviti yang terlibat:

Membersihkan hasil
Membuang akar dan kotoran pada cendawan
Akar cendawan perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum proses pembungkusan dilakukan menggunakan gunting. Akar yang perlu dibuang adalah akar yang digunakan oleh cendawan untuk berpaut di batang beg. Akar cendawan mengandungi serpihan dedak kayu dan lain-lain bahan daripada beg yang melekat pada akar batang tersebut.

Memilih cendawan yang rosak dan kering
Cendawan yang rosak dan kering perlu diasingkan sebelum proses pembungkusan dilakukan. Ini adalah bertujuan untuk mendapatkan cendawan yang berkualiti sahaja untuk dipasarkan.

Mengasingkan cendawan mengikut kategori
Cendawan yang telah dibersihkan haruslah diasingkan mengikut gred dan kualiti masing-masing. Cendawan yang elok perlu diasingkan daripada cendawan yang kurang elok kerana kualiti adalah berbeza. Langkah ini perlu diambil bagi pengeluar yang ingin memasarkan cendawan secara komersial bagi pasaran yang me
Menimbang
Cendawan yang telah siap dipilih akan ditimbang mengikut ketegori berat bagi jualan yang diperlukan mengikut harga tertentu.

Membungkus
Setelah berat cendawan ditimbang, proses pembungkusan boleh dilakukan. Susunan bunga cendawan dalam plastik pembungkus mestilah kemas dan menarik supaya dapat menarik perhatian pembeli. Ia juga mesti dilakukan dengan berhati-hati untuk mengelakkan bunga cendawan pecah dan merekah semasa proses pembungkusan.
Cara menyusun cendawan di dalam plastik adalah dengan meletakkan bahagian muka bunga cendawan di sekeliling plastik agar ia dapat memperlihatkan bunga cendawan dari bahagian luar plastik.