PENYUNTIKAN BENIH


SLIDE PRESENTATION


Menyuntik benih


Aktiviti menyuntik benih perlu dilakukan dengan teliti serta dalam keadaan yang bersih. Ini kerana benih cendawan adalah bersifat sensitif terhadap kekotoran seperti bakteria, kuman dan virus. Benih cendawan yang dijangkiti oleh bakteria-bakteria sewaktu proses memasukkan benih dilakukan akan menyebabkan benih yang disuntik rosak serta beg cendawan tidak akan mengeluarkan hasil.

Alatan/ Bahan
i. Benih
Pembiakan benih cendawan dilakukan secara spora. Gel digunakan sebagai medium untuk spora cendawan membiak. Bijian seperti biji samba digunakan untuk memudahkan proses pembiakan dalam beg cendawan.

Gambar : Benih

ii. Beg media
Beg media yang telah siap dikukus perlu disimpan selama 24 jam untuk tujuan penyejukan sebelum proses penyuntikan benih dilakukan terhadap beg media tersebut. Beg media ini juga perlu dipastikan tidak bocor dan terdedah kepada lalat bagi mengelakkan lalat bertelur dalam beg media.

Gambar : Beg media

iii. Alkohol (Isopropanol)
Berfungsi sebagai alat pembasmi kuman. Bagi memudahkan pengendalian alkohol dimasukkan ke dalam botol semburan. Alkohol disembur pada alat pengurai benih dan dilayur dengan pelita untuk mematikan bakteria, sebelum alat pengurai digunakan untuk mengurai benih. Alkohol ini juga disembur pada tangan individu yang mengendalikan proses pembenihan.

Gambar : Isopropanol

iv. Pelita
Pelita digunakan untuk Melayurkan kayu pengurai benih untuk tujuan mematikan kuman. Selain itu, muncung botol juga perlu disterilkan untuk mematikan kuman di sekeliling muncung botol.

Gambar : Pelita

v. Methyl Alcohol
Merupakan bahan yang digunakan untuk Melayur kayu pengurai benih.

Gambar : Methyl Alcohol

vi. Kayu pengurai benih
Digunakan untuk mengurai benih cendawan di dalam botol dan dibuat daripada buluh.


Gambar : Kayu pengurai benih

vii. Getah
Getah digunakan untuk mengikat keratan surat khabar pada bahagian leher
setelah benih selesai disuntik ke dalam beg media.

Gambar : Getah

viii. Keratan surat khabar
Keratan surat khabar yang digunakan adalah bersaiz 9cm x 9cm setiap satu. Keratan surat khabar ini digunakan bersama getah untuk menutup leher setelah benih disuntik.

Gambar : Keratan surat khabar


Proses-proses menyuntik benih
a) Mengurai benih
b) Memasukkan benih
c) Menutup dengan keratan surat khabar

a) Mengurai benih
Proses mengurai benih dilakukan untuk menguraikan biji-biji benih di dalam botol bagi memudahkan proses pengendalian sewaktu benih dimasukkan ke dalam setiap beg media. Proses mengurai benih dilakukan dengan menggunakan kayu pengurai benih yang telah dilayurkan terlebih dahulu dengan semburan alkohol dan layuran api pelita. Kayu pengurai benih juga perlu disejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam botol kerana suhu yang terlalu panas boleh menyebabkan benih rosak. Muncung botol juga perlu dilayur terlebih dahulu sebelum proses mengurai dilakukan untuk mengelakkan bakteria yang berada di sekeliling muncung botol masuk ke dalam dan menjangkiti benih. Setelah benih selesai diurai tutup kembali botol menggunakan kapas jut.

i. Menyembur alkohol
- Menyembur pada tangan

Gambar : Menyembur alkohol pada tangan


-Menyembur pada kayu


Gambar : Menyembur alkohol pada kayu

ii. Melayur kayu


Gambar : Melayur kayu

iii. Melayur muncung botol


Gambar : Melayur Muncung Botol


iv. Mengurai benih di dalam botol menggunakan kayu

Gambar : Mengurai Benih


b) Memasukkan benih dan menutup leher
Satu botol benih boleh digunakan untuk 32-35 beg media. Purata benih yang dimasukkan adalah lebih kurang satu sudu kecil teh. Semasa memasukkan benih, tangan pengendali juga perlu disembur dengan alkohol untuk mematikan kuman. Beg media yang telah disuntik benih tidak boleh terdedah terlalu lama dan perlu segera ditutup menggunakan keratan surat khabar dan getah. Ini kerana bagi mengelakkan benih daripada dijangkiti oleh bakteria dan kuman atau dihinggapi oleh lalat yang kemudiannya akan meninggalkan telur. Telur-telur lalat ini akan menjadi lava dan merosakkan benih dan beg cendawan.

i. Memasukkan benih

Gambar : Memasukkan benih


iii. Menutup dengan keratan surat khabar


Gambar : Menutup dengan keratan surat khabar