PENYAKIT DAN RAWATAN

PREVIOUS :: HOME :: NEXT



SLIDE PRESENTATION

Masalah dan penyakit yang berlaku boleh berlaku samaada semasa proses pengeraman ataupun semasa penyediaan beg media cendawan.

Masalah-masalah Semasa Penyediaan Beg Media
Penyediaan bahan beg media

- Sukatan bahan yang tidak betul
Kesan:
i. Kos pengeluaran meningkat
ii. Pembaziran bahan mentah
iii. Kualiti dan produktiviti cendawan yang bakal dihasilkan terjejas
Penyelesaian dan pencegahan:
Proses menyukat bahan bagi menghasilkan beg media perlu dilakukan dengan teliti.

- Bancuhan tidak sekata
Kesan:
Kualiti dan produktiviti cendawan yang bakal dihasilkan terjejas.
Penyelesaian dan pencegahan:
Membancuh bahan media dengan sekata.

Pembungkusan Bahan Beg Media
- Plastik beg media bocor dan pecah
Kesan:
i. Dihinggapi lalat dan larva membiak di dalam beg media.
ii. Meningkatkan kos pengeluaran.
Penyelesaian dan pencegahan:
i. Menampal beg media yang bocor menggunakan pita pelekat.
ii. Melakukan kerja dengan cermat.

- Beg media kurang padat
Kesan:
i. Pertumbuhan misilium terjejas
ii. Struktur bahan bancuhan didalam beg media tidak kukuh dan mudah terlerai
Penyelesaian dan pencegahan:

Pengukusan
- Masa pengukusan yang tidak mencukupi
Kesan:
i. Beg media tidak dapat dineutralkan sepenuhnya menyebabkan bendasing seperti bakteria dan benih-benih kulat lain di dalam beg media tidak mati.
ii. Misilium rosak dan mati kerana bakteria yang tidak mati semasa proses pengukusan telah merosakkan misilium.
Penyelesaian dan pencegahan:
Tempoh pembakaran untuk satu proses pengukusan adalah diantara 6 hingga 5 jam.

Gambar : Contoh kerosakan pada beg media dan misilium

- Tempoh pengukusan yang terlalu lama
Kesan:
i. Air di dalam drum kering dan menyebabkan beg cendawan menjadi terlalu kering.
ii. Plastik bawah lapisan pertama bocor kerana suhu akan menjadi terlalu tinggi apabila air di dalam drum kering.
iii. Pembaziran bahan bakar dan masa.
Penyelesaian dan pencegahan:
Tempoh pembakaran untuk satu proses pengukusan adalah 6 hingga 5jam sahaja.

- Plastik bahagian tepi bocor tersentuh dinding drum
Kesan:
i. Plastik beg media yang bocor akan memberi ruang kepada lalat untuk bertelur dan meninggalkan larva dalam beg media. Larva-larva lalat ini akan merosakkan bahan-bahan mentah dalam beg media dan mengakibatkan misilium tidak dapat membiak dan mati.
ii. Beg media yang bocor juga terdedah kepada jangkitan kulat-kulat lain.
iii. Bunga cendawan akan mengeluarkan bunga pada bahagian plastik yang bocor.
Penyelesaian dan pencegahan:
Bagi mengelakkan masalah ini tali digunakan sebagai penahan untuk menghalang beg media dari tersentuh dinding drum. Pita pelekat digunakan untuk menampal bahagian plastik yang bocor.

Pembenihan

-Persekitaran kerja yang tidak bersih
Kesan:
Pembiakan bakteria di persekitaran kerja akan meningkatkan risiko jangkitan bakteria kepada benih semasa proses pembenihan dilakukan.
Penyelesaian dan pencegahan:
Kawasan persekitaran dan peralatan kerja perlu sentiasa dibersihkan.

- Benih terdedah terlalu lama
Kesan:
Mendedahkan benih kepada jangkitan bakteria.
Penyelesaian dan pencegahan:
Proses memasukkan benih ke dalam beg media perlu dilakukan dengan pantas. Muncung beg media juga perlu segera ditutup setelah benih dimasukkan.

- Kayu pensterilan terlalu panas
Kesan:
Penggunaan kayu pensterilan yang terlalu panas semasa proses mengurai benih dilakukan akan menyebabkan benih cendawan rosak.
Penyelesaian dan pencegahan:
Setelah dilayur, kayu pensterilan perlu diuji tahap kepanasannya dengan menggunakan tangan sebelum digunakan untuk mengurai benih.

- Menyuntik benih ketika beg media masih panas
Kesan:
Benih cendawan rosak dan mati.
Penyelesaian dan pencegahan:
Beg media perlu disejukkan sekurang-kurangnya 26 jam selepas proses pengukusan sebelum boleh disuntik benih.

- Benih terlalu matang.
Kesan:
i. Pergerakan misilium menjadi perlahan.
ii. Hasil cendawan kurang berkualiti.
Penyelesaian dan pencegahan:
Gunakan benih cendawan yang berumur 10-13 hari.

- Penyuntikan benih yang tidak sempurna dan menyebabkan penyebaran tidak sekata
Kesan:
Menjejaskan pergerakan misilium semasa proses pertumbuhan.
Penyelesaian dan pencegahan:
Selepas benih dimasukkan, beg media perlu digoncang sedikit untuk meratakan penyebaran benih.

Masalah-masalah Semasa Tempoh Pengeraman
- Tidak meletakkan kapur di atas rak beg media.
Kesan:
Pembiakan bakteria mudah berlaku.
Penyelesaian dan pencegahan:
Sebelum beg media disusun kapur perlu ditabur terlebih dahulu di atas rak.

- Lapisan susunan beg yang terlalu banyak
Kesan:
Beg media akan terjatuh kerana penyusutan saiz setiap beg media akan menyebabkan kedudukan beg diatas rak menjadi tidak stabil.
Penyelesaian dan pencegahan:
Beg tidak disusun dengan terlalu banyak di atas satu rak. Selain itu, pembinaan rak yang sesuai dari segi rekabentuk dan kecerunan dapat mengatasi masalah ini.

- Kertas penutup beg media dibuka terlalu awal.
Kesan:
Beg media terdedah kepada serangan lalat dan serangga.
Penyelesaian dan pencegahan:
Kertas penutup beg media hanya boleh dibuka apabila terdapat satu atau dua beg media yang telah mula menyeluarkan bunga cendawan. Kertas beg media cendawan boleh dibuka mengikut kumpulan susunan beg di atas rak.

- Suhu dan kelembapan dalam bilik pengeraman terlalu panas dan kering
Kesan:
Menjejaskan perkembangan misilium. Perkembangan misilium di dalam beg media akan menjadi lambat.
Penyelesaian dan pencegahan:
i. Menyembur lebih banyak air pada lantai rumah cendawan supaya ia dapat menaikkan haba panas ke atas dan menyejukkan persekitaran dalam rumah cendawan.
ii. Menggunakan kipas untuk membebaskan haba panas naik ke bumbung dan keluar melalui lubang di tengah-tengah bumbung rumah cendawan (sekiranya menggunakan bangunan konkrit..
iii. Memasang air hujan buatan untuk mengurangkan kepanasan di atas bumbung dan akan menyejukkan rumah cendawan (sekiranya menggunakan bangunan konkrit..

Masalah-masalah Semasa Penuaian
Kaedah penuaian yang tidak betul
- Menuai dengan kasar
Kesan:
i. Memecahkan struktur muka hadapan beg media
ii. Menjejaskan misilium dan melambatkan pertumbuhan pinical
iii. Menarik perhatian serangga perosak
Penyelesaian dan pencegahan:
Menuai cendawan perlu dilakukan dengan teliti dan berhati-hati.

- Tidak membersihkan tunggul/akar cendawan
Kesan:
i. Habuk kayu rosak
ii. Serangga memakan tunggul dan habuk kayu yang rosak
iii. Beg media rosak, pinical lambat keluar atau mati.
Penyelesaian dan pencegahan:
Selepas cendawan untuk setiap beg media dituai, pengusaha perlu memastikan tiada tunggul cendawan yang tertinggal pada beg media. Jika terdapat tunggul cendawan yang tertinggal pada beg media, tunggul tersebut perlu dikeluarkan dengan pengorek yang dibuat dari sudu.

- Tidak membuang leher
Kesan:
a. Melambatkan dan mengurangkan pengeluaran cendawan
Penyelesaian dan pencegahan:
Leher beg media perlu dikeluarkan selepas tuaian pertama bunga cendawan.

- Cendawan matang lambat dituai
Kesan:
i. Cendawan merekah dan mudah rosak
ii. Kering dan mengecut
iii. Berat cendawan merosot, ringan dan tidak berkualiti untuk dipasarkan.
Penyelesaian dan pencegahan:
Cendawan yang telah matang perlu segera dituai.

- Menuai cendawan yang belum matang
Kesan:
i. Hasil berat cendawan yang diperolehi kurang
Penyelesaian dan pencegahan:
Menuai cendawan yang telah matang sahaja.

Serangan binatang dan serangga perosak
- Tikus
Kesan:
i. Mengoyakkan plastik beg media
ii. Beg media rosak dan tidak dapat mengeluarkan hasil.
Penyelesaian dan pencegahan:
Menggunakan perangkap tikus untuk menangkap tikus di dalam rumah cendawan.Selain itu kebersihan di dalam rumah cendawan juga perlu di beri perhatian.

- Agas/Bari-bari
Kesan:
i. Agas akan merosakkan muka hadapan beg media, seterusnya akan menyebabkan pinical dan misilium mati.
ii. Beg media rosak dan tidak dapat mengeluarkan hasil
Penyelesaian dan pencegahan:
Mengeluarkan beg cendawan yang telah rosak dari rumah cendawan kerana beg cendawan ini menyeluarkan bau yang boleh menarik perhatian agas. Selain itu beg media yang telah rosak ini juga menjadi tempat tinggal agas. Menggunakan minyak serai wangi sebagai kawalan biologi untuk mengelakkan serangan serangga, kerana serangga tidak menyukai bau minyak serai wangi.

- Lalat/Larva
Kesan:
i. Larva membiak di dalam beg media.
ii. Larva memakan makanan di dalam beg media sehingga menyebabkan misilium rosak dan mati.
Penyelesaian dan pencegahan:
Menggunakan minyak serai wangi sebagai kawalan biologi untuk mengelakkan serangan serangga, kerana serangga tidak menyukai bau minyak serai wangi.

- Lipas
Kesan:
Lipas akan memakan bunga cendawan.
Penyelesaian dan pencegahan:
Menggunakan minyak serai wangi sebagai kawalan biologi untuk mengelakkan serangan serangga, kerana serangga tidak menyukai bau minyak serai wangi.

Penjagaan beg media yang tidak sempurna
- Menyembur air secara berlebihan ke atas bunga cendawan
Kesan:
i. Bunga cendawan yang telah matang akan menyerap air menyebabkan cendawan cepat rosak
ii. Cendawan mudah merekah dan rosak
iii. Kualiti cendawan yang dihasilkan adalah rendah
Penyelesaian dan pencegahan:
Elakkan menyembur air secara berlebihan ke atas bunga cendawan yang telah matang.

- Suhu yang terlalu tinggi dalam rumah cendawan
Kesan:
i. Pinical terbantut dan mati.
ii. Bunga cendawan mengerekot dan kering.
Penyelesaian dan pencegahan:
Mengawal suhu dengan menggunakan hujan tiruan dan semburan air di dalam rumah cendawan.