PENYEDIAAN BEG MEDIA CENDAWAN

SLIDE PRESENTATION

Penghasilan beg cendawan



Pada peringkat pertama iaitu penghasilan beg cendawan memerlukan beberapa langkah yang perlu difahami seperti peralatan yang digunakan, sukatan kandungan bahan yang digunakan, cara-cara untuk membuat beg cendawan iaitu dari membancuh sehingga memasukkannya ke dalam plastik, cara pengukusan dan juga pembenihan.

Bancuhan
Dua kaedah bancuhan digunakan untuk menyediakan beg media cendawan iaitu:
a) Bancuhan secara serbuk
b) Bancuhan secara larut

Kedua-dua kaedah ini akan digunakan semasa membancuh dengan habuk kayu supaya sebatian tersebut sebati.

Peralatan

a. Penyukat bahan mentah
Penyukat ini digunakan untuk menyukat sukatan dengan tepat, memudah dan menjimatkan masa pekerja. Penyukat itu telah ditetapkan seperti yang dikehendaki mengikut jumlah kandungan berat bahan tersebut.

b. Penimbang
Fungsi penimbang ialah menyukat bahan mentah untuk kegunaan bancuhan. Walaupun bahan mentah tersebut menggunakan sukatan yang telah ditetapkan mengikut timbangan yang dikehendaki, ia adalah untuk membuat pemeriksaan apabila diperlukan.

c. Tong membancuh
Tong bancuhan juga boleh digunakan dari bahan buangan untuk menjimatkan kos. Dua tong digunakan iaitu untuk bancuhan serbuk dan satu tong lagi digunakan untuk bancuhan larut. Tong yang lain digunakan sebagai pembawa beg media sebelum dipindahkan ke atas rak dan juga rumah cendawan.

Bahan mentah
Bahan-bahan mentah yang digunakan dalam proses ini adalah seperti habuk kayu getah, dedak, jagung, kapur, gypsum, pumice, magnesium sulfate, garam, Effective Microorganism (EM), Molaccus dan juga Azomite.

a. Habuk kayu getah
Bahan ini merupakan medium utama dalam penghasilan cendawan di mana berfungsi sebagai tempat penyimpanan makanan dan baja di dalam beg cendawan tersebut.

b. Dedak
Dedak Padi adalah hasil penukaran padi (Oryza sativa) menjadi beras terutama terdiri dari lapisan kulit ari dan berfungsi sebagai makanan kepada cendawan. Kadar efektif enzim lipase dalam dedak tersebut bergantung pada suhu dan air yang digunakan dalam proses membuat cendawan ini.

c. Jagung
Jagung berfungsi sebagai makanan cendawan kepada cendawan tersebut. Fungsinya adalah sama dengan dedak yang digunakan dalam bancuhan tersebut.

d. Kapur
Kapur adalah sejenis batu dan bahan kimia yang berfungsi sebagai peneutral bahan-bahan berasid dan beralkali di samping membunuh kuman dan bakteria dalam bancuhan. Kapur yang digunakan dalam beg cendawan adalah untuk meneutralkan habuk kayu tersebut supaya bakteria dan kuman tidak boleh membiak.

e. Gypsum
Gypsum merupakan sejenis galian atau mineral (kalsium sulfat) dimana dalam pertanian ianya digunakan sebagai baja.

f. Pumice
Purnice adalah sejenis mineral semulajadi yang terhasil daripada proses hakisan tanah.

g. Magniseum Sulfate
Merupakan sejenis garam magnesium yang digunakan untuk membetulkan kadar kandungan magnesium dalam tanah (magnesium ialah satu element yang sangat penting dalam molekul klorofil ).

h. Garam

Garam (Natrium Klorida) ialah sesuatu bahan yang terhasil daripada proses peneutralan.

i. Effective Microorganism (EM)
EM juga dipanggil sebagai probiotik atau ‘bakteria baik’ yang amat sesuai digunakan berbanding antibiotik yang biasa digunakan. Antara kebaikannya adalah boleh meningkatkan hasil mengurangkan kerosakan.

j. Molasses
Molasses ini merupakan gula yang belum bertapis ataupun ekstrak gula dari ibu gula. Ia adalah hasil daripada jus yang diproses daripada tebu pada tahap sebelum ianya dijadikan gula berbentuk kristal (gula bertapis), molasses ini juga dikenali sebagai gula merah atau gula melaka dan dijadikan bahan dalam tambahan untuk makanan ternakan.

k. Azomite
Sejenis mineral yang dilombong secara semulajadi dan merupakan ejen pengurai tanah yang terbaik serta sejenis mineral yang memproses atau mengurai semula tanah yang sangat unik. Para petani dan penternak dari bahagian tengah Utah, Amerika Syarikat telah menggunakan bahan istimewa ini sejak 60 tahun yang lalu untuk meningkatkan hasil ternakan dan pertanian. Hasil ujian telah menunjukkan azomite ini mengandungi mineral yang sangat aktif.

Bahan
Penyediaan beg media cendawan melibatkan bahan-bahan seperti beg plastik media, gelang getah dan neck/cap.

a. Beg plastik media
Saiz beg cendawan yang digunakan adalah berukuran 13cm dan ketinggian berukuran 20cm. Ketinggian beg yang berisi habuk adalah berukuran 10cm diameter dan 15cm tinggi.

b. Neck/Cap
Cap digunakan sebagai penutup kepada beg cendawan manakala Neck berfungsi sebagai penyokong mulut beg media.

d. Jut
Jut digunakan bersama-sama dengan Cap dan berfungsi menghalang air daripada masuk ke dalam beg media semasa proses pengukusan.

Sukatan bahan mentah
Jadual 2.1 dibawah menerangkan nisbah sukatan yang digunakan dalam proses membuat beg cendawan. Sukatan tersebut adalah untuk kegunaan 80 kilogram habuk kayu.

Graf Peratusan Berat Bahan Larut dan Bahan Serbuk


Jumlah habuk kayu boleh ditentukan dengan mengubah pelantar beg pada mesin pembungkus habuk kayu tersebut. Ketinggian habuk kayu seperti di atas adalah sesuai kerana akan menghasilkan purata sebanyak 126 beg cendawan untuk satu bancuhan. Penghasilan beg yang banyak membolehkan cendawan keluar dengan banyak dalam waktu yang sama.

a. Penyediaan habuk kayu
b. Pencampuran bahan bancuhan
c. Menggaul bahan bancuhan

a. Penyediaan habuk kayu
Penyediaan habuk kayu memainkan peranan yang penting dalam proses membuat beg cendawan kerana ia memberi kesan kepada keberkesanan beg cendawan untuk menghasilkan cendawan yang berkualiti dalam tempoh yang singkat dan memberi hasil yang banyak.

i. Pemilihan
Habuk kayu yang sesuai digunakan adalah habuk kayu yang telah lama diproses. Bagi penggunaan habuk kayu yang baru diproses, habuk kayu tersebut perlu dikeringkan sekurang-kurangnya selama tiga minggu. Ini bertujuan untuk menghilangkan getah serta mematikan benih-benih kulat lain yang terdapat pada habuk kayu tersebut.

ii. Menimbang
Habuk kayu ini perlu ditimbang supaya sukatan yang digunakan adalah seperti nisbah yang telah ditetapkan.

iii. Menapis
Penapis digunakan untuk menapis habuk kayu supaya habuk kayu yang digunakan mencapai tahap yang diperlukan. Proses ini juga tidak merosakkan plastik yang digunakan kerana habuk kayu yang ditapis adalah halus dan lembut.

b. Pencampuran bahan bancuhan
Bahan mentah yang hendak dibancuh perlu dibancuh dengan dua kaedah iaitu dengan bancuhan serbuk dan bancuhan larut.

i. Bahan bancuhan serbuk
Bahan bancuhan ini adalah bahan bancuhan yang berbentuk serbuk dan terdiri daripada makanan dan juga baja kepada cendawan tersebut.


ii. Bahan bancuhan larut
Bahan mentah untuk bancuhan larut terdiri daripada bahan serbuk dan juga
cecair. Bahan-bahan cecair adalah seperti EM dan juga molas. Bahan-bahan
ini akan dicampurkan sehingga sebati bersama 4 ataupun 5 tong air. Kadar
air yang tidak tetap adalah kerana jumlah habuk kayu yang tidak tepat iaitu
melebihi 80 kilogram.

Proses pertama untuk membuat bancuhan larut

c. Menggaul bahan bancuhan
Kedua-dua bancuhan ini akan dicampurkan ke dalam pembancuh bersama dengan habuk kayu yang telah ditimbang tadi. Caranya adalah dengan memasukkan bancuhan larut sebelum meletakkan bahan serbuk yang lain supaya bancuhannya tidak melekat pada mesin pembancuh tersebut. Sebelum habuk kayu itu dibancuh, ia perlulah ditapis untuk membuang kayu-kayu yang keras supaya tidak merosakkan beg media.
Seterusnya adalah dengan memasukkan bancuhan bahan mentah dan juga habuk kayu secara bergilir-gilir supaya bancuhannya adalah sekata dan sesuai digunakan untuk beg media. Pembancuh simen seperti gambar 2.4 di bawah digunakan.

Kotak kayu untuk menadah habuk kayu yang telah dibancuh digunakan seperti gambar 2.26 di bawah.

Proses seterusnya adalah untuk memasukkan habuk kayu ke dalam beg media. Proses ini dibuat dengan menggunakan mesin seperti gambar 2.28 dibawah dan dibantu oleh tiga orang pekerja.

Dengan menggunakan tiga orang pekerja ini, seorang pekerja perlu memasukkan beg media yang kosong ke dalam corong A, sementara seorang pekerja akan memasukkan bancuhan habuk kayu tadi ke dalam corong B. Manakala pekerja ketiga akan mengambil beg yang telah diisikan dengan bancuhan habuk kayu tersebut dan menyusunkan ke dalam tong yang disediakan.

Proses yang seterusnya adalah memadatkan beg media tersebut dengan cara menghentaknya ke lantai. Beg media tersebut perlu dipadatkan kerana benih cendawan yang digunakan adalah sejenis ”anaerobic” iaitu tidak memerlukan udara untuk hidup. Proses ini adalah seperti sel otot kita yang tidak memerlukan udara untuk hidup.

Selepas memadatkan beg media tersebut, beg itu perlu ditutup dengan neck dan cap. Pada Cap tersebut perlu diletakkan jut supaya tidak dimasuki air yang terlalu banyak semasa proses pengukusan. Antara fungsi lain neck, cap dan jut ialah menghindari beg media daripada dimasuki oleh lalat.