PENGUKUSAN

PREVIOUS : : HOME : : NEXT

SLIDE PRESENTATION


Proses pengukusan merupakan proses kedua dalam menghasilkan beg media cendawan. Proses ini bertujuan untuk menghapuskan semua bendasing seperti kuman, kulat, bakteria dan semua jenis hidupan di dalam beg cendawan. Ini bertujuan agar pertumbuhan benih dan missilium ( rujuk gambar ) cendawan tidak terganggu, dan seterusnya dapat membentuk koloni yang kuat dan tidak perlu bersaing dengan bendasing tersebut dari segi memonopoli kawasan dan mendapatkan makanan untuk proses mengeluarkan bunga cendawan. Dalam proses ini, semua bendasing akan mati setelah dikukus pada suhu dan masa yang sesuai. Selain itu, jika beg cendawan tidak berada dalam keadaan neutral dan mengandungi hidupan lain, hidupan ini berpotensi untuk memusnah dan menyebabkan missilium yang keluar dari benih yang disuntik mati.
Oleh yang demikian, proses pembakaran perlu dilakukan secara sempurna dan teliti kerana kesilapan dalam proses ini akan menyebabkan kerosakan beg cendawan dan benih yang disuntik dan seterusnya menyebabkan kerugian pada pengusaha.

Terdapat empat aspek utama yang perlu diberi perhatian dalam proses pengukusan iaitu:

Keselamatan
Aspek keselamatan perlu diberi perhatian serius kerana proses ini melibatkan penggunaan bahan api dan tekanan haba. Oleh itu, persekitaran tapak pembakaran dan peralatan pengukusan perlu dipastikan sentiasa berada dalam keadaan selamat untuk mengelakkan dari kejadian yang tidak diingini.

Kuantiti Beg Cendawan yang dikukus
Perlu diingatkan di sini bahawa kuantiti beg yang dikukus bergantung pada jenis tapak pembakaran yang digunakan.

Kebersihan
Persekitaran dan tapak pembakaran perlu dibersihkan dan sentiasa dalam keadaan bersih. Ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang jenis jangkitan kepada beg media yang berpunca daripada bendasing.

Penjagaan Tapak dan Peralatan Pengukusan
Set tapak pengukusan perlu sentiasa diuji dan di periksa untuk memastikan tiada sebarang kerosakan dan dapat beroperasi dengan lancar supaya pengukusan dapat dilakukan dengan sempurna dan mengelakkan risiko kemalangan.

TAPAK PENGUKUSAN
Terdapat pelbagai jenis tapak pengukusan yang digunakan untuk proses ini. Pemilihan tapak pengukusan bergantung kepada dua faktor utama iaitu kos dan skala projek yang dilaksanakan. Terdapat dua jenis bahan api utama yang digunakan dalam proses pembakaran iaitu

Gas (dapur gas)

Gambar : Contoh dapur gas yang digunakan


Kelebihan : Mudah, senang alih, bersih, kurang pencemaran, pengendalian dan pengurusan masa yang cepat.
Kekurangan : Kos yang tinggi

Kayu Api

Kelebihan : Kos rendah
Kelemahan : Rumit, masa pengendalian yang lama, pencemaran habuk dan asap.

Contoh binaan set tapak pengukusan dan jenis bahan api yang digunakan :

Contoh 1 set tapak pengukusan konvensional yang menggunakan binaan dari drum dan menggunakan kayu api sebagai bahan bakar. Kapasiti maksimum beg cendawan yang boleh dikukus untuk setiap proses pengukusan ialah 480 beg media.

Gambar : Set pengukusan yang menggunakan kayu api


Gambar : Set pengukusan yang menggunakan gas

Menggunakan 8 biji tong drum, 4 drum sebagai lapisan bawah tetap manakala 4 drum berfungsi sebagai lapisan atas.( drum lapisan atas boleh di keluarkan). Kapasiti maksimun adalah 480 beg.

Gambar : Set tapak pengukusan yang hanya menggunakan drum lapisan bawah sahaja (menggunakan 4 biji tong drum).
Kapasiti maksimun beg cendawan yang boleh di kukus jika menggunakan 4 biji drum lapisan bawah adalah 160 beg.

Langkah-langkah penyediaan tempat pengukusan sebelum proses pembakaran

  • Mencuci
    Tong drum perlu dibersihkan dan di cuci menggunakan air, setiap kali proses pengukusan dilakukan. Ini bertujuan mengeluarkan karat-karat besi dari dalam drum. Tong drum yang tidak dibersihkan terlebih dahulu, akan mengebabkan proses pengukusan menjadi tidak sempurna, ini kerana :
    - air yang bercampur dengan karat akan meresap masuk ke dalam beg media, keadaan ini boleh menjejaskan perkembangan dan kesihatan misilium.
    - Selain itu karat-karat besi ini juga akan menambahkan ketumpatan air, keadaan ini akan menjejaskan proses pendidihan dan pemeluapan air. Ini akan menyebabkan air lambat mendidih, serta wap air menjadi berat kerana bercampur dengan zarah besi dan keadaan ini akan menyebabkan wap air tidak dapat naik sampai ke bahagian atas drum untuk melengkapkan proses pengukusan.

Memasukkan Beg Media Cendawan Ke dalam Tong Drum


    A . Masukkan air

    • Peralatan

      • Alat penyukat air
    Penyukat Air



    Digunakan untuk memudahkan kerja menyukat air di dalam drum. penggunaan alat penyukat air ini akan dapat mengurangkan faktor kesilapan ketika kerja-kerja penyediaan tempat pengukusan dilakukan.


    Gambar : Penyukat air


    Sukatan air

    Kegunaan Penyukat Air

    Pengukusan yang menggunakan 2 tingkat tong drum kandungan air yang perlu di masukkan ialah sedalam 22 cm dari aras tapak tong drum dengan isipadu bersamaan 70 liter. Jika pengukusan hanya menggunakan 1 drum sahaja maka kandungan air yang digunakan adalah sedalam 11 cm dari aras tapak drum drum dengan isipadu sebanyak 35 liter. Sukatan air yang tepat diperlukan bagi :

    - mengelakkan proses pendidihan dan pemeluapan menjadi lambat.
    - mengelakkan air kering sebelum proses pengukusan selesai.

    Gambar : Kegunaan alat penyukat air


    B. Letakkan tapak besi jenis 1 ke dalam drum


      • Peralatan

        • Tapak besi jenis 1

    j

    Gambar : Tapak Besi Jenis 1

      • Fungsi sebagai tapak kepingan zink berlubang dan mengelakkan beg dari terkena air.

    lGambar : Kedudukan tapak besi jenis 1 di dalam drum bawah


    C . Letakkan kepingan zink berlubang di atas tapak besi

    • Peralatan

      • Kepingan zink berlubang

    Kepingan Zink Berlubang

    Gambar : Kepingan zink berlubang

    Berfungsi sebagai tapak beg cendawan. Ia hanya diletakkan di atas tapak besi bahagian drum bawah. Kepingan zink ini berfungsi untuk menghalang air yang mendidih dari naik keatas dan masuk ke dalam mulut beg media, serta hanya membenarkan wap air sahaja yang dapat naik ke atas.

    kedudukan kepingan zink Gambar : Kedudukan kepingan zink belubang di atas tapak besi

    D. Memasukkan beg media

    Susunan beg setiap lapisan tidak boleh terlalu padat kerana boleh menyebabkan beg cendawan yang dikukus tidak masak sepenuhnya.

    Setiap lapisan beg di dalam drum mengandungi 20 beg cendawan

    dGambar : Susunan beg di atas kepingan zink


    E. Meletakkan tali di sekeliling beg media

      • Peralatan


      m

      Gambar : Tali

    Berfungsi sebagai penahan bagi beg media dari tersentuh dinding tong drum semasa proses pengukusan. Ini kerana jika beg media tersentuh secara terus dengan dinding drum akan menyebabkan plastik pembungkus bahan media bocor.


    g

    Gambar : Kedudukan tali di sekeliling beg media


    F. Meletakkan lapisan surat khabar yang telah di carik diatas lapisan susunan beg media.

    • Peralatan

    • Surat khabar
      t

      Gambar : Surat khabar & Surat khabar yang telah dicarik

    Berfungsi sebagai pelapik di atas lapisan beg media pertama,kedua dan ke enam. Lapisan surat khabar ini berfungsi untuk menghalang titisan wap air daripada menitik dan masuk ke dalam beg media. Lapisan akhbar yang digunakan juga perlu carikkan supaya dapat memberi ruang kepada wap air untuk naik ke atas.


    q

    Gambar : Kedudukan surat khabar di atas lapisan beg media

    Lapisan surat khabar ini hanya di letakkan pada lapisan pertama, kedua dan keenam beg media.


    G. Masukkan lapisan beg media yang ke-dua.

    Ulang langkah D-F untuk lapisan beg media yang ke-2

    ( D - Memasukkan beg media)

    ( E - Meletakkan tali di sekeliling beg media.)

    ( F - Meletakkan lapisan surat khabar yang telah di carik diatas lapisan susunan beg media.)


    yGambar : Lapisan beg media yang kedua


    H. Pasang lapisan tong drum yang ke-2

    s

    Gambar : Drum lapisan atas

    l Gambar : Drum lapisan atas bahagian bawah

    g Gambar : Drum lapisan atas bahagian dalam

    Langkah-langkah memasang lapisan drum kedua.

    1. Pasangkan tiub getah disekeliling drum bawah.

    • Tiub getah
      t

      Gambar : Tiub getah

      Fungsi : Menutup rongga-rongga yang terdapat pada kawasan sisi penyambung drum dan penutup drum agar wap air tidak keluar.


    • i Gambar : Kedudukan pada tempat penyambung drum

      p Gambar : Tiub getah di sekeliling penyambung drum


    2. Angkat drum kedua ke atas lapisan drum pertama (pastikan besi pengikat drum telah diletakkan pada lapisan drum yang pertama) dan pastikan kedudukan drum dalam keadaan stabil. Perlu dipastikan juga kedudukan tempat pemegang nut dan skru bagi drum atas dan drum bawah adalah selari.

    3. Gunakan besi pengikat drum untuk memegang drum bawah dan drum atas.

    • Besi pengikat drum
      k

      Gambar : Besi pengikat drum

    Fungsi 1 : Untuk memegang dan mengemaskan sambungan di antara drum bawah dan drum atas

    Gambar : Kedudukan besi pengikat drum memegang drum bawah dan drum atas.

    4. Gunakan nut dan skru untuk mengukuhkan pegangan diantara drum atas dan drum bawah.

    • Nut/screw
      nut

      Gambar : Nut dan skru


    Fungsi 1 - Mengunci tong atas dan bawah


    fungsi nutGambar : Kedudukan nut dan skru mengukuhkan pegangan di antara drum atas bawah dan drum


    Fungsi 2 - Mengunci besi pengikat drum


    fungsi lagiGambar : fungsi nut dan skru mengunci besi pengikat drum

    I. Letakkan tapak besi jenis 2, di dalam drum lapisan ke-2.

      • Tapak Besi Jenis 2

    tapak besi Gambar : Tapak Besi Jenis 2

    Fungsi tapak besi jenis 2 : Menjadi tapak bagi beg cendawan untuk mengelakkan plastik beg cendawan terkena tapak drum. Digunakan untuk drum bahagian atas.

    kedudukan tapak besi

    Gambar : Kedudukan tapak besi di dalam drum lapisan ke-2

    J. Ulang langkah d dan e untuk lapisan beg media ke 3-6

    ( D - Memasukkan beg media)

    ( E - Meletakkan tali di sekeliling beg media.)

      • lapisan ke-3,ke-4 dan ke-5 tidak perlu diletakkan lapisan surat khabar. pada lapisan ke-6 perlu diletakkan surat khabar.

    K. Tutupkan tong drum

    Langkah-langkah menutup tong drum

    • 1. Ambil penutup drum kemudian tekan atau ketuk bahagian tepi penutup drum supaya rapat dengan bibir drum.
    • 2. Pasangkan tiub getah disekeliling penyambungan antara penutup drum dengan drum.
    • 3. Gunakan besi pengikat drum untuk memegang drum dan penutup drum.

    Proses Pembakaran

    • Penyediaan kayu api

      • kayu api yang terlalu besar perlu dibelah terlebih dahulu.Saiz ukur lilit kayu api yang paling sesuai digunakan ialah 45 cm dengan panjang berukuran 35 cm.
      • Satu tempoh pembakaran menggunakan 80 batang kayu api. Ini bermakna satu tapak drum menggunakan 20 batang kayu api.


    Proses pembakaran

    1. Hidupkan api

    2. Tempoh pembakaran

    Tempoh pembakaran untuk setiap proses pengukusan ialah di antara 6-7 jam.
    Pastikan nyalaan api sekata untuk semua drum.Penting kerana ;
    - bagi memastikan proses pengukusan berlaku dengan sempurna.
    - bagi memastikan semua beg cendawan masak secara serentak dan kandungan air di dalam setiap drum tidak kering .

    3. Menghentikan pembakaran

    - setelah 2-3 jam pengukusan dilakukan stim akan mula keluar pada bahagian lubang kecil di tengah-tengah penutup drum. Api boleh dipadamkan setelah stim ini keluar secara sekata selama 3 jam.

    Untuk memadamkan api gunakan besi penarik arang untuk mengeluarkan bahan bakar dari bawah tapak drum. Kemudian siram lebihan bahan bakar yang di keluarkan dengan menggunakan air untuk mengelakkan pembaziran bahan bakar. Lebihan bahan bakar ini boleh di gunakan untuk pengukusan yang seterusnya.

    Mengeluarkan beg dari drum

    a. Sejukkan tapak pengukusan
    - Selepas api di padamkan biarkan beg di dalam drum selama 12 jam untuk menyejukkan tapak pengukusan dan beg media.

    b. Mengeluarkan beg media
    - Setelah tapak pengukusan telah sejuk dan tidak membahayakan keselamatan pengendali, beg media boleh mula di keluarkan dari drum.

    - Sewaktu mengeluarkan beg media, beg media ini perlu di periksa untuk memastikan tiada kerosakan terhadap beg media. contoh kerosakan adalah seperti ; - plastik bocor kerana tersentuh secara terus dengan dinding drum.

    Kandungan air yang terlalu banyak dalam beg media kerana air dari paip drum kedua menitik masuk secara terus ke atas cap dan kemudian meresap ke dalam beg media.

    c. Penyimpanan beg media
    - setelah di keluarkan dari drum pengukusan, beg media perlu disimpan selama 12 jam sebelum boleh di suntikkan dengan benih. ini adalah untuk memastikan beg media benar-benar sejuk dan bebas dari haba, kerana haba ini boleh merosakkan benih cendawan yang di suntik.